2019
tahun mula virus corona melanda masyarakat dunia, bermula dari negara china, lepas tu mula merebak ke seluruh dunia. Pada akhir tahun 2019, wabak ini masih di peringkat awal menyerap masuk ke Malaysia. tapi tak dak apa apa tindakan yang di ambik oleh kerajaan yang memerintah pada masa itu. Pelawat pelawat dari negara china ramai yang dibenarkan masuk ke malaysia.
2020
tahun ni kerajaan mula mengambil tindakan berani dengan memperkenal Perintah Kawalan Pergerakan. Dimana semua pejabat di tutup, kedai kedai juga ditutup. Rakyat semua diperintahkan duduk dirumah masing masing. Pada tahun 2020, pertama kali aku dan isteri berpuasa berdua sahaja dirumah. anak anak berpuasa di rumah masing masing. Masjid juga ditutup, bulan ramadhan tahun ini, tiada kegiatan di masjid dan surau, tiada sembahyang tarawih jugak. masing masing sembahyang terawih dirumah masing masing.
ada sedikit kelonggaran PKP bila menjelang raya eidil fitri. ziarah eidil fitri masih tidak dibenarkan. Jumlah orang di satu satu masa berada didalam rumah cuma dihadkan kepada 20 orang sahaja.
Alhamdulillah, anak cucu dapat datang beraya bersama. mungkin tidak secara serentak. tidak laa rasa sunyi sangat.
2021
masa utk diberikan vaksin ..
dos pertama



