Saturday, June 26, 2021

Sekolah Rendah - Sekolah Kebangsaan Lahar Budi

 mula masuk sekolah pada januari 1965. sekolah kebangsaan lahar budi.

yang aku ingat:

guru besar - cikgu khamis bin saat , dia duduk di Simpang Kuala. seingat aku, cikgu khamis ni nampak serius, dan strict. dia ada gaya tersendiri. gaya gaya orang sekolah inggeris pun ada. dari segi pakaian, dia memang selalu nampak kemas. ada setail. selalu pakai mafla dkt leher. dia tak pakai neck tie. Kasut dia selalu berkilat, walaupun sekolah kami dikeliling dengan bendang. Cikgu Khamis, dia mai sekolah naik gerek. gerek dia nampak special, lain dari yang lain. Gerek dia ada bunyi bila dia kayuh. bunyi ketik ketik ketik. memang selalu bekilat.

aku ingat masa aku mula masuk darjah 1 tu, bulan januari. Bulan januari selalu nya di kedah ialah musim kemarau. bila kemarau, cuaca di memang kering kontang.

.. bersambung di blog akan datang ..


gambar diambil drpd blog lain





gambar ini diambil drpd blog lain
ditahun awal, pakaian pelajar lelaki baju putih, seluar pendek hitam. pakaian pelajar perempun gown warna navy blue. dan tidak ada yg memakai kain spt didalam gambar



gerek cikgu Khamis, lebih kurang mcm ni, peratikan dkt hab dia .. ada kelainan sikit

No comments:

Post a Comment

Negara di landa malapetaka - virus corona

  2019 tahun mula virus corona melanda masyarakat dunia, bermula dari negara china, lepas tu mula merebak ke seluruh dunia. Pada akhir tahun...