Sunday, June 27, 2021

Hidup di kampung: 01

aku ada 3 beradik, sorang kakak (Cik Piah) dan seorang abang (Ibrahim).

seingat aku, sepanjang aku dibesarkan, kak dgn abang aku memang tak dak dirumah. kak aku pi dok dgn mak penakan aku (mak long tijah) di Kuala Kedah. dan abang aku tumpang dok di rumah mak penakan aku (chu bedah) di Kuala Alor, sebab dia mengaji di sekolah keb kuala alor.

Mak aku asai orang dekat dengan Kg Tok Keling, aku tak ingat nama kampung tu. Pak aku, asai orang kampung empa.

Dalam gambar dibawah tu, di belakang tu ialah berek untuk pekerja Keretapi Tanah Melayu, kami panggey berek tu 'rumah hinu' pasai ramai yang duduk disitu keturunan india. Tapi yang aku ingat, aku seorang pekerja melayu yang duduk disitu, nama dia Japaq ( jaafar).

kami selalu jugak dok main main di depan kawasan rumah hinu tu, pasai lapang, kalu nak belajaq naik gerek selalu kami pi belajaq di kawasan rumah hinu tu laa.

satu keunikan kampung aku ni ( Kg Tok Layang), kami duduk tepi jalan keretapi. jadi jalan utama kami ialah jalan keretapi. di tepi jalan keretapi tu selalu nya lapang , jadi boleh laa kami naik gerek ( atau mutusikal) di tepi jalan keretapi tu. Masaalahnya bila keretapi nak lalu, kena laa duduk dalam semak rumput di tepi jalan tu sebab takut sangkut ke badan keretapi..

-- bersambung lagi nanti - jun 28.


aku tak pasti gambar ni semasa aku berumur berapa tahun, agak agak dalam 7 tahun kot, aku ingat masa ni abang aku balik mai rumah, dia bawak balik kamera.


No comments:

Post a Comment

Negara di landa malapetaka - virus corona

  2019 tahun mula virus corona melanda masyarakat dunia, bermula dari negara china, lepas tu mula merebak ke seluruh dunia. Pada akhir tahun...